Wednesday, December 9, 2009


KENALI BENTUK PERUT ANDA

Secara umumnya, bentuk perut berkait rapat dengan kekayaan dan status masyarakat.Bentuk perut yang paling ideal ialah tidak terlalu kurus dan tidak terlalu rata. Paling bagus apabila perut itu bulat dan nampak buncit sedikit kerana ia melambangkan panjang umur, murah rezeki, ramai anak dan nama yang baik. Perut yang terlalu buncit pula melambangkan sikap yang tidak sopan walaupun banyak duit. Jika keseluruhan badannya berisi, orang ini dikatakan materialistik dan pandai berniaga. Secara khususnya bentuk perut boleh dikategorikan kepada 4 jenis iaitu bulat, buncit, tinggi tajam dan rata.

Bulat

Perut bulat dan agak buncit sedikit. Pemiliknya dikatakan berjaya dan kaya. Makan minum pakainya sempurna. Seorang yang pemurah dan murah rezeki.

Buncit

Perut yang buncit diumpamakan seperti beg yang penuh berisi duit. Orang ini memang banyak duit tetapi kuat membazir, pemalas dan kuat makan.

Tinggi tajam

Bahagian atas perut tinggi dan tajam, buncitnya menghala ke atas. Individu ini kurang rehat. Sangat kuat bekerja tetapi duit yang dikumpulnya sedikit. Individu ini sanggup melakukan pelbagai kerja untuk mencari sesuap nasi.

Rata

Perutnya sangat rata dan leper. Pemiliknya seorang yang bijak, pencinta seni dan berjiwa besar. Jumlah simpanan wangnya sederhana banyak. Meskipun ‘trend’ masakini yang inginkan perut yang leper dan rata, ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan keseimbangan badan. Hal ini disebabkan oleh kehilangan zat-zat penting untuk tubuh badan dan minda yang sihat dan cergas.

Tuesday, December 1, 2009

KAEDAH MENGESAN GANGGUAN PADA KANAK2.

Kanak2 kecil agak sukar untur dibacakan rukyah, berikut adalah
panduan bagi mengesan samada anak anda yang berusia di bawah
umur 7 tahun mengalami gangguan atau tidak.

Ketika anak anda tidur lakukan langkah-langkah berikut:

1. Ambil wudhuk
2. Letakan tangan anda di bahagian kepala anak berkenaan
3. Baca : Al-fatihah (1x), Ayat kursi (7x), Al-ikhlas, Al-Falaq,
An-Nas (3x)
4. Perhatikan tangan & kaki anak anda, adakah bergerak2 semasa
bacaan dilakukan.
5. Jika ada.... berkemungkinan ada gangguan.

Rawatan:

1. Azankan 7x di telinga anak berkenaan atau
2. Mandikan dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Qursi,
4Qul

Bila telah di rawat, scan semula... dan ulangi rawatan jika
masih ada gangguan.... jika dilakukan berulangkali tetapi
masih berlaku...jumpalah dengan mu'allij yang anda yakini.
Welcome To Faculty of Sports Science & Recreation PDF Print E-mail