Wednesday, August 26, 2009

KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH


Konsep Bermaafan di Aidilfitri oleh Y. Bhg. Ustaz Dr. Shihabudin


Bulan Syawal adalah bulan kemaafan. Maaf dalam bahasa Arab ialah “A’affun” . Hendaklah kamu saling memberi maaf dan berlapang dadalah mengampunkan kesalahan orang lain.

Terdapat 9 perkara yang menyebabkan seseorang Islam tidak mahu meminta maaf ataupun memaafkan kesalahan orang lain.

1. Luka yang terlalu parah yang masih berdarah terpendam berbelas-belas tahun lamanya. Memori masa lalu yang amat memedihkan hati nurani
2. Kerana rasa diri teraniaya, dianiaya dan dizalimi orang lain
3. Terlalu cemburu (kecemburuan yang amat)
4. Rasa dianaktirikan atau dinomborduakan dalam apa jua segi pembahagian
5. Kerana ego atau sombong contoh aku siapa dia tu siapa yang buat salah dulu
6. Perasaan negatif contoh ada adik beradik bergaduh hingga abang sanggup bersumpah pada si adik aku haramkan kau pijak rumah hingga menyebabkan diri si adik teringat-ingatkan kata2 si abang yang tidak mahukan si adik mengunjungi rumah si abang
7. Kerana keturunan contoh gaduh warisan sehingga ibubapa memaklumkan pada si anak jangan sekali-kali bertandang ke rumah saudara-saudara yang dimusuhinya
8. Hati kita masih kotor, busuk dan tidak boleh terima maaf orang lain atau enggan memohon maaf pada orang lain
9. Rasa bersih diri, rasa diri tu suci tidak ada buat salah dan silap pada seseorang

Ini adalah 9 faktor-faktor yang menyebabkan seseorang Islam tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain atau meminta maaf pada orang lain.

Peringatan : Barang siapa yang berdendam sesama Islam Allah tidak akan terima solat, ibadat bahkan segala amalan kebaikan yang kita buat pada Allah.

Kesan-kesan Negatif Tidak Mahu Memaafkan Kesalahan Orang Lain:-

1. Hati senantiasa di dalam keadaan kesakitan yang berpanjangan apatah dengan sikap ego yang ada pada diri sendiri
2. Minda kita negatif, otak kotor, perangai kita jahat/buruk yang timbul berpanjangan. Kalau boleh di dalam bulan Syawal tutup kisah yang lama dan buka lembaran yang baru
3. Prestasi makin buruk contoh rumahtangga kelam kabut, di tempat kerja diam buat kerja malas dan nafsu syahwat boleh menurun
4. Hubungan akan tergugat/terganggu
5. Banyak masalah yang tak dapat diselesaikan atau tidak tahu bagaimana nak selesaikannya sendiri
6. Kawan rapat/terdekat akan tarik diri atau menjauhkan diri
7. Keberkatan hidup akan diambil balik/ditarik balik oleh Allah swt
8. Kita akan cepat tua, muka cepat kedut mengikut saikologi kalau banyak ego muka tiada seri langsung
9. Doa takkan dimakbulkan oleh Allah swt mungkin dengan kesombongan atau ego yang tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain atau tidak mahu memohon maaf pada orang lain
10. Allah akan campak kita ke dalam azab neraka

Allah akan haramkan neraka bagi manusia yang

1. Lembut hatinya
2. Rapat/mesra dengan orang lain
3. Mudah berurusan dengan orang lain

Cara-cara agar kita boleh memaafkan kesalahan orang lain dan meminta maaf pada orang lain

1. Belajar berlapang dada, berjiwa besar demi membentuk jiwa yang boleh memaafkan orang lain, meminta maaf pada orang lain walaupun tidak membuat salah. Banyak-banyaklah meminta maaf dengan orang lain dan memaafkan kesalahan orang lain walaupun tidak membuat silap atau salah
2. Membentuk jiwa peribadi yang redha, belajar redha dengan ketentuan Allah
3. Belajar jadi orang yang bersyukur dengan nikmat Allah dan pemberian Allah
4. Kita selalu mensucikan jiwa, bersihkan jiwa/hati dengan zikrullah, istighfar, baca Al-Quran agar kita dapat memaafkan kesalahan orang lain
5. Minta bantuan orang lain, orang yang pakar, orang yang ahli yakni orang tua atau ustaz atau pakar saikologi dengan menyatakan masalah yang dihadapi
6. Berteman dengan orang yang baik dengan keberkatan mudah-mudahan akan baik.
7. Kita saling ziarah-menziarahi, bersemuka, saling bertentang mata, berjabat tangsan dan bersalam-salaman akan menghilangkan dendam kesumat dalam hati kita dan Allah akan ampunkan dosa-dosanya
8. Banyakkan berdoa pada Allah agar dilembutkan hati kita, banyakkan membaca surah An-Nashrah, Ayat Qursi, surah Toha ayat 1 hingga 5 dan ayat 25 hingga 28. Umar Al-Khattab yang keras hati membaca surah Toha ayat 1 hingga 5 dan lembut hati terus memeluk agama Islam
9. Ingat mati, ingat akhirat dan ingat hisab Allah swt

Kesan-kesan positif yang membolehkan seseorang memaafkan kesalahan orang lain atau meminta maaf pada orang lain atas kesalahan yang dilakukan

1. Hati rasa gembira (happy)/hati bersih
2. Jiwa kita tenang/tenteram
3. Otak kita jadi cemerlang
4. Penyakit/sakit akan cepat sembuh. Apabila seseorang Islam saling bermaaf-maafan, berpelukkan antara satu sama lain akan menyebabkan badan jadi sihat, kuantiti darah akan naik, system imuniti ataupun antibodi semakin kuat kelebihan Allah berikan kepada kita begitu juga apabila kita solat dengan bersentuh kaki serta bersentuh bahu antara satu sama lain akan membolehkan kita rasa sihat selalu
5. Wajah akan makin berseri-seri, awet muda dan memancarkan sinar di wajah seseorang. Barangsiapa memperbanyakkan hubungan silaturrahim Allah panjangkan umur dan dimurahkan rezeki mereka
6. Doa kita makbul dalam pandangan Allah swt
7. Pintu keberkatan akan dibukakan oleh Allah swt dan senantiasalah bersilaturrahim
8. Akan menguatkan tenaga zahir dan batin
9. Semangat hidup makin meningkat
10. Akan dipermudahkan oleh Allah swt jalan ke syurga


JANGAN SIA-SIAKAN PELUANG BERMAAF-MAAFAN DI BULAN SYAWAL INI…..

No comments:

Post a Comment