Wednesday, August 26, 2009

KENANGAN TERINDAH
























Kenangan Terindah


Assalammualaikum wr..wbt.lecturer2 budiman, facilitator berkenaan dan sahabat-sahabat semua.....

Selang beberapa hari untuk ke Pulau Kapas amat mengembirakan aku, at least aku berpeluang untuk mengambil cuti rehat demi menghilangkan rasa `strees' di pejabat dan kononnya ingin menenangkan fikiran waktu di sana nanti. Sesampai saja di Pulau Kapas, indah khabar dari rupa. Kehadiran aku di sini aku dapat rasakan sepertimana mengulangi kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak majikan sebelum ini. Namun aku tetap gembira kerana kali ini berkursus dengan sahabat-sahabat yang baru aku kenali dan yang lebih penting berkursus sebagai seorang student bersama lecturer-lecturer yang sungguh `sporting'. Dan yang paling aku pasti situasi pada hari pertama hanyalah kebiasaan bagi `1st day programe' dan hari seterusnya pasti keadaan akan menjadi biasa semula.

Program-program yang telah dijalankan dan disempurnakan dengan jaya oleh facilitator-facilitator sungguh mengkagumkan aku sebenarnya. Mereka menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan sedia bekerjasama dengan kami. Antara program yang begitu meninggalkan kesan pada aku ialah bagi acara `Water Confidence'. Acara ini merupakan pengalaman manis,sukar untuk dilupakan dan mungkin seumur hidup, maklumlah lebih-lebih lagi begitu serat dengan mesej-mesej berguna yang boleh aku ambil di sepanjang acara tersebut dijalankan. Setiap program yang dijalankan pasti mempunyai pengajaran paling berguna untuk kami sebagai seorang student. Bayangkan bagi acara `Water Confidence' kami dicampakkan ke tengah laut, lebih kurang 150 meter dari pantai dan harus kembali ke persisiran bersama kumpulan masing-masing. Bernasib baik kerana tidak ditetapkan waktu untuk kembali semula ke persisiran pantai, kalau tak naya aku. Apai, Atika dan Piah dan Aku merupakan satu `group'. Dalam berenang-renang di lautan aku dan Apai kerap membantu dan menenangkan Piah dengan memberi kata-kata semangat. Ingatlagi kata-kata aku dan Apai....dah tak jauh...tak jauh...dah nak dekat dah... bolehlah kelentong, sebab waktu tu Piah dalam kedudukan muka beliau menghadap ke langit. Sebenarnya kami tipu sunat maklumlah pada hal ingin memberi semangat untuk beliau meneruskan perjuangan setelah beliau mengadu kaki sudah mulai `cramp' dan mulai rasa lemah. Secara terus terang aku turut membantu juga dan yang paling berkesan dan penyabar orangnya tentulah APAI kerana akhirnya berjaya membawa Piah ke persisiran pantai sedangkan aku sudah jauh 30 meter di hadapan mereka. Bukan niat untuk pentingkan diri sendiri tapi bila memikirkan ombak laut yang semakin mengganas. Sepanjang berada di tengah laut, perasaaan bengang pun timbul juga sebab aku perasan juga `RESCUE' hanya memerhati kami dari jarak beberapa meter sahaja tanpa berkata apa-apa kepada kami, bukannya apa, sekurang-kurangnya berilah kata-kata semanagt sikit...tapi aku pasti mereka ada jawapannya. Bayangkan perasaan kami padahal dah boleh sampai ke persisiran dengan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja tetapi disebabkan oleh arus ombak yang semakin mengganas so berbagai rintangan yang harus dihadapi oleh kami bersama. Namun kunci kejayaan kami adalah yakin pada diri sendiri. Sesampai aku di persisiran pantai, perut dah mula terasa lapar dan aku terus ke bahagian dapur untuk menjengah juadah apa yang sedang dimasak oleh Chef-Chef terulung. Masih teringat lagi masakan kari ikan tongkol adunan resepi dari Chef Mdm Rok. Sampai la ni tekak aku masih terasa-rasa lagi adunan kari Adabi beserta rempah ratus ciptaan beliau yang dibawa khas dari Uitm Shah Alam. Cayalahhhh Kak Rok.

Pengalaman kedua yang masih segar dalam ingatan aku ialah acara berkayak mengelilingi Pulau Kapas dengan mencapai target dan standard piawaian yang dikehendaki oleh En. Hisyam beserta facilitator. Permulaan berkayak, mula-mula aku dah rasa tension berikutan dengan salah faham `partner in crime'. Patut ke permulaan berkayak dah nak pecut awal-awal lagi seolah-olah satu pertandingan pulak dalam hati aku. Manakan tidak tenaga yang nak kita gunakan di sepanjang mengelilingi Pulau Kapas masih jauh untuk digapai, namun awal-awal lagi tenaga tersebut mula menunjukkan signal `weak' di suku pertama perjalanan. Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi pertama untuk merehatkan diri masing-masing sambil membuat perancangan terbaik untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Setelah singgah rehat pada Destinasi kedua, aku pula mengambil keputusan untuk bertukar `partner' ...maksud aku tukar partner baru dari Atikah kepada Piah. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar setelah bertukar partner suka sama suka. Bagi acara `Capesiz' yang paling menyeronokkan aku dan tak sangka pula telah terpilih untuk melakukan `capesiz' dan perlu melakukan dalam masa 8 minit sahaja. Lega akhirnya berjaya juga bagi percubaan pertama dan kedua. Syabas diucapkan kepada partner baru aku...PIAH yang sama-sama memberi sokongan padu. Kalau nak ikutkan pengalaman manis memang terlalu banyak diciptakan oleh pihak penganjur di sini, kalau nak aku ceritakan semuanya bukan setakat 500 perkataan entahkan mungkin melebihi 5000 perkataan, pasti naik muak pulak geng-geng lain membacanya terutama En. Hisyam kita. Dipendekkan cerita, kalau melibatkan bahasa, tiada kata seindah bahasa tapi kalau melibatkan pulau...kalau melibatkan pulau pula, tiada pulau seindah Pulau Kapas. Insyallah ada rezeki nanti kita minta penganjur yang sama membuat perancangan untuk 2nd trip pula, tapi kali ini tak perlulah dibuat secara `formal' ekkkk. Wassalam

No comments:

Post a Comment