Sunday, October 25, 2009








FLYING FOX




Alhamdulillah bila saja terbaca blog En. Hisyam Che Mat untuk mengadakan latihan amali `Flying Fox' pada 24 Oktober ini seronoknya aku. Aku tidak mahu melepaskan peluang yang telah sedia terhidang dan segala perancangan aku untuk minggu tersebut aku batalkan. Tepat jam 8.30 pagi aku sudah berada di tempat yang minta bersama anakku Fatin. Sayang sekali tanpa perancangan awal membawanya, aku terlupa untuk membawa pakaian yang sesuai untuknya bagi memberi peluang bersama melakukan aktiviti tersebut, yang penting dia telah memberi semangat pada aku pula sebelum aku melakukan aktiviti tersebut

Kerja-kerja mengikat tali dari sebatang pokok ke sebatang pokok dalam jarak 200 meter dilakukan, aku tidak terkecuali untuk turut membantu dan sambil belajar mengenali peralatan2 yang harus digunakan bagi aktiviti tersebut. Hampir setengah jam proses tersebut barulah aktiviti tersebut dapat dilaksanakan hasil kerjasama En. Hisyam kita dan dibantu oleh pelajar2 Degree serta ditemani oleh beberapa `Facilitator' yang sebelum ini telah aku kenali sejak program di Pulau Kapas yang lalu. Apapun terima kasih kepada semua yang telah turut menyumbang tenaga demi aktiviti tersebut.

Jam 9.30 pagi aktiviti ini pun bermula. Sebelum memulakan aktiviti tersebut seperti biasa bacaan doa selamat akan lakukan sebaik sahaja taklimat ringkas disampaikan. Jika tak silap aku, aku merupakan peserta yang ke 20 melakukan `flying fox' daripada 50 orang peserta yang merangkumi pelajar PJJ, PLK dan Degree. Seorang peserta akan mengambil masa 5 minit untuk melakukannya. Perasaan tu biasalah ada sedikit goyang, tapi itu adalah permulaan sahaja. Keyakinan pada diri sendiri adalah perkara yang paling penting. Sebelum melakukan `flying fox' tersebut, permohonan untuk lapur diri haruslah dilakukan oleh setiap peserta. Pengalaman bagi aktiviti ini sungguh mendebarkan tetapi sebaik sahaja turun sudah tiada masalah, rasa tak puas pula melakukannya. Jam 1.15 petang aktiviti ini pun berakhir. Bersama-sama ini dilampirkan beberapa photo yang sempat dirakam.

8 comments:

  1. Menunggu Ina Lembut ler boss, saya memang takde camerea...

    ReplyDelete
  2. Attached herewith for ur info and action ...TQ

    ReplyDelete
  3. wah...tahniah la utk abg coz berjaya melakukan aksi flying fox hari tu.

    ReplyDelete
  4. tahniah juga untuk Ina, apa kurangnya aksi Ina pada hari tuuuuuu

    ReplyDelete
  5. boss, patut ikut group PLK buat abseiling hari tu baru best.....

    ReplyDelete
  6. Takde rezeki time tu sebab ada perkara yang tidak dapat dielakkan, apapun terima kasih kepada En. Hisyam kerana telah memberi peluang keemasan kedua ini kepada saya.

    ReplyDelete
  7. Kakak2, abang2 PLK apa rancangan seterusnya sebaik sahaja tamat exam tempohari dan dah dapat tempat ke untuk jalani latihan praktikal, mudah2han dapat kita berkongsi bersama anda. tq

    ReplyDelete