Tuesday, October 27, 2009









`ABSEILING'


Tanggal 4 Oktober, 2009 telah diadakan kelas teori `Abseiling' ke-2, lanjutan daripada taklimat ringkas yang telah diadakan di Pulau Kapas yang lalu. Kami tidak bernasib baik dan berpeluang untuk mengadakan latihan amali di sana memandangkan keadaan cuaca dan struktur batu-batan yang tidak begitu selamat untuk dituruni. Jesteru hanya kelas teori sahaja dapat diadakan pada hari tersebut. Manakala latihan `Abseiling' telah diadakan di Twin Tower, Jabatan Bangunan Kejuruteraan Uitm, Shah Alam pada 5hb. September, 2009 yang lalu. Malangnya aku tidak dapat turut serta pada hari tersebut memandangkan harus melaksanakan `Urusan Seri Paduka' ketika itu. Rasa terkilan sudahlah pasti

Apapun peluang kedua ini aku tidak lepaskan begitu sahaja walaupun pada pandangan aku tidak berapa `adventure' namun bila mengenangkan `Instructer' telah bersusah payah menyediakan peralatan-peralatan tersebut, aku harus membayar pengorbanan beliau. Terima kasih kerana telah menunaikan impian ku walaupun tidak setinggi bintang di langit..

Peralatan-peralatan yang diperlukan ialah:
1. Kernmantle ropes
2. Harness
3. Carabiner
4. Quickdraw
5. Figure 8
6. Helmet
7. Slings
8. Ascenders
9. Rope Bag
10. Chalk Bag

No comments:

Post a Comment