Wednesday, September 16, 2009




Kayak di Taman Tasik Shah Alam.

Bila dengar saja berita En. Hisyam kita nak buat latihan kayak di Taman Tasik Shah Alam, punyalah seronok dan rasa tak sabar2 nak join. Latihan ini turut disertai oleh pelajar PLK dan kami sebenarnya hanya menumpang sahaja. Inilah peluang untuk aku belajar dan menimba pengalaman pertama berkayak. Cuma rasa terkilan anak aku Fatin yang pada mulanya ingin turut serta untuk melihat papanya berkayak tidak kesampaian memandangkan pada hari yang sama menghadiri Kem Smart Solat di Masjid Kota Damansara bersama sepupunya Dania Farahin bt. Mohd Rizal. Pada hal En. Hisyam dah beri kebenaran untuk aku membawa anak sekali pada hari tersebut.

Sebelum melakukan program kayak tersebut beberapa penerangan telah disampaikan dengan begitu teliti oleh En. Hisyam kepada kami dan sesi senamrobik turut diadakan sebelum berkayak bagi mengelakkan `cramp' atau sebaliknya. Pasangan aku bersama dengan Brian, so tak delah masalah yang timbul. Masing-masing boleh bertenang walaupun inilah pengalaman pertama aku. Setelah puas berkayak mengelilingi Taman Tasik Shah Alam tibalah pula acara `capsize'... debaran tetap aku rasakan tapi aku cuba kuatkan semangat dan alhamdulillah berjaya juga akhirnya. Dalam fikiran aku kalau orang lain boleh masakan aku tidak. Pengalaman `capsize' ini sebenarnya amat berguna jika berlaku sesuatu kemalangan yang tidak diingini. Masa 4 jam rasanya terlalu cepat berlalu pergi.....Terima kasih En. Hisyam di atas usaha anda dan pembantu2 yang telah berjaya menjayakan program tersebut.

No comments:

Post a Comment