Wednesday, September 2, 2009
















Ulasan Program Perkhemahan di Pulau Kapas.

Assalammualaikum Semua.
Sebenarnya aku tak berhak untuk memberikan sebarang ulasan sempena program kita pada tempohari. Cuma kebetulan sedang menghadap komputer dan terkenanglah pulak kenangan2 tempohari. Di sepanjang program bermula segalanya berjalan lancar. Hari pertama menguji tahap kesabaran sebenarnya, maklumlah segalanya dibuat dalam keadaan tergesa2...cam budak sekolah pulak didera oleh cikgu2. Tapi aku dah lalui pengalaman ini lebih dari itu, so no hal. Cuma masa terlalu pack sehinggakan untuk soru pun dibuat dalam keadaan tergesa2. Makanan tak sempat hadam beb....

Sepanjang program berlangsung pada aku tiada masalah, cuma bila terkenangkan waktu program `SURVIVAL' diharapkan pada masa2 akan datang pihak organizer memastikan lauk yang dibekalkan untuk dimasak mencukupi...maklumlah orang yang ada gastrik macam aku ni lain macam sikit. That's why lah sesampai aje di Khemah Pusat keesokkan harinya aku macam tak makan sebulan, rasanya tak cukup bubur yang disediakan pada masa itu...





On the way back to Uitm, punyalah bengang, bukan aku saja yang perasan, rupa2nya En. Ali (Lecturer) juga berkongsi bengkek ngan aku. Pemandu tersebut memandu dalam keadaan yang tidak memberi fokus 100% kepada pemanduan , lebih2 lagi kerap memandu dalam keadaan yang kurang menyenangkan sedangkan handphone tidak lekang di tangan. Sudah ler tu sepatutnya bas kami akan berhenti di R N R di Temerloh untuk singgah makan malam, akhirnya tidak kesampaian angkara sikap pemandu tersebut yang tidak perihatin... So the next time diharap pihak Uitm lebih berhati2 untuk mendapatkan khidmat pemandu2 dari luar.

Yang lain aku rasa tiada masalah segalanya berjalan lancar dan syabas kepada semua lecturer2 yang terlibat beserta facilitator2 khususnya dan kepada semua warga Uitm amnya.

No comments:

Post a Comment