Friday, September 11, 2009

WE LUV U















Keluarga yang agak besar. Alhamdulillah di atas asuhan dan bimbingan kasih sayang yang dipupuk dari arwah ibubapaku kami adik beradik yang ditinggalkan cukup rapat dan sepakat antara adik beradik mahupun ipar duai yang ada sekarang. Arwah ibuku meninggal dunia pada 4hb. Julai, 1989 dan arwah bapaku pula meninggal dunia pada 6hb. September, 1995. Walaupun begitu kini kami masih mempunyai ibu tiri yang juga sanggup melayani karenah aku lebih2 lagi bila bab penyediaan makanan kegemaran aku. Alhamdulillah sehingga kini selesai sahaja solat aku tidak pernah lupa untuk menyedekahkan surah Al Fatihah untuk kesejahteraan kedua2nya. Aku selalu bayangkan kalaulah arwah ibubapaku masih ada, pastinya mereka bahagia dengan kami adik beradik dan bahagia dengan kejayaan cucu2 beliau. Inilah nasibku...nyanyian NICO..

Adik beradik aku:-

Abdul Jalil b. Abdul Aziz
Noorulla Ashikin bt Abdul Aziz
Ibrahim b. Abdul Aziz (Meninggal)
Noorulla Azian bt. Abdul Aziz
Noor Azlina bt. Abdul Aziz
NorFitri b. Abdul Aziz
Noor Zaitul Akmam bt. Abdul Aziz
Shamsul Ariffin b. Abdul Aziz
Khairi Anuwar b. Abdul Aziz
Noora Azlina bt. Abdul Aziz
Rafidah Hanim bt. Abdul Aziz

Jika arwah ibubapaku masih ada pastinya mereka merasa bangga dengan kejayaan cucu2 beliau yang kini mula membuahkan hasil. Aliff Aizad kini menjalani kursus di India selama 7 bulan, adik beliau Anis Ain Zafirah kini menjalani latihan praktikal di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan jika ada rezeki nanti bakal menjadi seorang doktor, adik ketiga beliau Anis Aimi Adila kini menuntut tahun pertama di Universiti Utara Malaysia, (UUM) Sintok, Kedah. Shasya Izzati di MRSM Pasir Salak, Perak dan adik kembar beliau Hazim dan Haziq yang mendapat keputusan UPSR 5A baru2 ini dan kini bersekolah di Asrama Penuh Sekolah Agama di Kajang dan Sekolah Asrama Penuh Intergerasi Sabak Bernam. Kini aku menunggu perkembangan kedua2 anak aku, apakah mereka juga boleh mengikut jejak langkah sepupu2nya. Moga Allah memberikan hidayahNya...Amin

Keluarga aku pula kecil sahaja, tidak mampu untuk mengikuti jejak ibu dan bapaku yang lebih produktif. Anak aku baru cuma dua orang sahaja iaitu Fatin Batrisyia Aida , 10 tahun dan Farah Balqis Adriana 5 tahun. Seperti pasangan2 ibubapa yang lain, aku terlalu sayangkan kedua2 nya dan biasalah anak perempuan lebih manja kepada bapanya. Aku sendiri yang memilih nama2 anak aku. Ada peristiwa di sebalik nama2 tersebut dan rasanya tak perlu aku sebutkan di sini. Isteri aku berasal dari Raub, Pahang. Alhamdulillah, isteri aku cukup memahami karenah aku dan setia menuruti apajua kehendakku selama ini. Masakkan adik beradik aku sayangkan dia. Beliau banyak berkorban masa dan tenaga di sepanjang aku bergelar student.

No comments:

Post a Comment