Wednesday, October 14, 2009

PROGRAM AMALI GYMNASTIC



Program Amali Gymnastic

Memandangkan Pusat Gymnasium UITM tak dibuka pada 4 Oktober tempohari aku dan kengkawan telah diminta oleh En. Azhan untuk terus ke stadium Uitm bagi program amali gymnastic. Kami telah ditunjuk ajar oleh pelajar Uitm sendiri bagaimana teknik2 dan cara yang betul untuk melakukan gymnastik. Malang sekali pada hari tersebut kami tidak membawa pakaian yang sesuai untuk turut melakukannya, apapun setelah dipratonton kepada kami insyallah jika ada kelapangan dan waktu yang sesuai kami akan mula praktikkan dengan sebaik mungkin. Dalam padu tu sempat lagi bergambar tuuuuu.

Wednesday, September 16, 2009




Kayak di Taman Tasik Shah Alam.

Bila dengar saja berita En. Hisyam kita nak buat latihan kayak di Taman Tasik Shah Alam, punyalah seronok dan rasa tak sabar2 nak join. Latihan ini turut disertai oleh pelajar PLK dan kami sebenarnya hanya menumpang sahaja. Inilah peluang untuk aku belajar dan menimba pengalaman pertama berkayak. Cuma rasa terkilan anak aku Fatin yang pada mulanya ingin turut serta untuk melihat papanya berkayak tidak kesampaian memandangkan pada hari yang sama menghadiri Kem Smart Solat di Masjid Kota Damansara bersama sepupunya Dania Farahin bt. Mohd Rizal. Pada hal En. Hisyam dah beri kebenaran untuk aku membawa anak sekali pada hari tersebut.

Sebelum melakukan program kayak tersebut beberapa penerangan telah disampaikan dengan begitu teliti oleh En. Hisyam kepada kami dan sesi senamrobik turut diadakan sebelum berkayak bagi mengelakkan `cramp' atau sebaliknya. Pasangan aku bersama dengan Brian, so tak delah masalah yang timbul. Masing-masing boleh bertenang walaupun inilah pengalaman pertama aku. Setelah puas berkayak mengelilingi Taman Tasik Shah Alam tibalah pula acara `capsize'... debaran tetap aku rasakan tapi aku cuba kuatkan semangat dan alhamdulillah berjaya juga akhirnya. Dalam fikiran aku kalau orang lain boleh masakan aku tidak. Pengalaman `capsize' ini sebenarnya amat berguna jika berlaku sesuatu kemalangan yang tidak diingini. Masa 4 jam rasanya terlalu cepat berlalu pergi.....Terima kasih En. Hisyam di atas usaha anda dan pembantu2 yang telah berjaya menjayakan program tersebut.

Friday, September 11, 2009

WE LUV U















Keluarga yang agak besar. Alhamdulillah di atas asuhan dan bimbingan kasih sayang yang dipupuk dari arwah ibubapaku kami adik beradik yang ditinggalkan cukup rapat dan sepakat antara adik beradik mahupun ipar duai yang ada sekarang. Arwah ibuku meninggal dunia pada 4hb. Julai, 1989 dan arwah bapaku pula meninggal dunia pada 6hb. September, 1995. Walaupun begitu kini kami masih mempunyai ibu tiri yang juga sanggup melayani karenah aku lebih2 lagi bila bab penyediaan makanan kegemaran aku. Alhamdulillah sehingga kini selesai sahaja solat aku tidak pernah lupa untuk menyedekahkan surah Al Fatihah untuk kesejahteraan kedua2nya. Aku selalu bayangkan kalaulah arwah ibubapaku masih ada, pastinya mereka bahagia dengan kami adik beradik dan bahagia dengan kejayaan cucu2 beliau. Inilah nasibku...nyanyian NICO..

Adik beradik aku:-

Abdul Jalil b. Abdul Aziz
Noorulla Ashikin bt Abdul Aziz
Ibrahim b. Abdul Aziz (Meninggal)
Noorulla Azian bt. Abdul Aziz
Noor Azlina bt. Abdul Aziz
NorFitri b. Abdul Aziz
Noor Zaitul Akmam bt. Abdul Aziz
Shamsul Ariffin b. Abdul Aziz
Khairi Anuwar b. Abdul Aziz
Noora Azlina bt. Abdul Aziz
Rafidah Hanim bt. Abdul Aziz

Jika arwah ibubapaku masih ada pastinya mereka merasa bangga dengan kejayaan cucu2 beliau yang kini mula membuahkan hasil. Aliff Aizad kini menjalani kursus di India selama 7 bulan, adik beliau Anis Ain Zafirah kini menjalani latihan praktikal di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan jika ada rezeki nanti bakal menjadi seorang doktor, adik ketiga beliau Anis Aimi Adila kini menuntut tahun pertama di Universiti Utara Malaysia, (UUM) Sintok, Kedah. Shasya Izzati di MRSM Pasir Salak, Perak dan adik kembar beliau Hazim dan Haziq yang mendapat keputusan UPSR 5A baru2 ini dan kini bersekolah di Asrama Penuh Sekolah Agama di Kajang dan Sekolah Asrama Penuh Intergerasi Sabak Bernam. Kini aku menunggu perkembangan kedua2 anak aku, apakah mereka juga boleh mengikut jejak langkah sepupu2nya. Moga Allah memberikan hidayahNya...Amin

Keluarga aku pula kecil sahaja, tidak mampu untuk mengikuti jejak ibu dan bapaku yang lebih produktif. Anak aku baru cuma dua orang sahaja iaitu Fatin Batrisyia Aida , 10 tahun dan Farah Balqis Adriana 5 tahun. Seperti pasangan2 ibubapa yang lain, aku terlalu sayangkan kedua2 nya dan biasalah anak perempuan lebih manja kepada bapanya. Aku sendiri yang memilih nama2 anak aku. Ada peristiwa di sebalik nama2 tersebut dan rasanya tak perlu aku sebutkan di sini. Isteri aku berasal dari Raub, Pahang. Alhamdulillah, isteri aku cukup memahami karenah aku dan setia menuruti apajua kehendakku selama ini. Masakkan adik beradik aku sayangkan dia. Beliau banyak berkorban masa dan tenaga di sepanjang aku bergelar student.

Thursday, September 10, 2009

SAHABAT

Epul - Di antara sahabat aku yang paling rapat sejak 2003 sehingga kini. Sanggup bersusah payah jika aku memerlukan sebarang bantuan, susah senang sanggup bersama. Dah faham sangat dgn perwatakan masing2, tentang makan dan minum tidak pernah berkira. Sedia berkongsi apa saja cerita dan masalah. Aku dah anggap Epul ni cam adik beradik aku sendiri dan tak hairan kalau aku mengelarkannya AK. Atas dasar persahabatan yang ikhlas, menjadikan kami lebih rapat antara satu sama lain. Bekas penuntut UUM Sintok, Kedah bagi jurusan Pengurusan Perniagaan.

Manbass - Banyak membantu di dalam pengajian aku sebelum ini terutama untuk subjek BEL. Kini telahpun meninggalkan PNSB setelah hampir 10 tahun berkhidmat. Aku turut merasai satu kehilangan namun aku harus menghormati keputusannya. Sehingga kini kami masih tetap menghubungi antara satu sama lain. Berkelulusan A Level, BA (Hons) Accounting & Finance, UK.

- Ustaz, mempunyai sifat keperibadian yang tinggi. Sedia memberikan apajua pandangan dan boleh bertolak ansur dalam apa jua perkara. Orang pertama yang memberi semangat dan galakan kepada aku bagi meneruskan pengajian di Uitm, Shah Alam. Bekas penuntut Uitm Seri Iskandar, Cawangan Perak.


Zaidi - Sahabat yang boleh dibuat rujukan, penuntut PLK , Perancang Bandar dan Wilayah, Uitm Shah Alam. Seorang sahabat yang permurah. Ibubapa beliau merupakan keluarga angkat aku secara tidak langsung dan menjadikan rumah beliau sebagai persinggahan kedua bagi keluarga aku bila pulang ke Pedas/Sepri, Negeri Sembilan memandangkan keluarga angkat aku yang terdahulu kebetulan tinggal tidak jauh dari rumah keluarga beliau.

PERSAHABATAN ITU SEPERTI TANGAN DENGAN MATA. SAAT TANGAN
TERLUKA, MATA MENANGIS, SAAT MATA MENANGIS, TANGAN
MENGHAPUSKANNYA....

Sahabat2ku di Waktu Susah & Senang

Saiful Anwar b. Shahar (Epul)
Hazman b. Sallehuddin (Manbass)
Mohd Faizal b. Jahaya (Ustaz)
Norzhaidi b. Hamid (Zaidi)

Wednesday, September 9, 2009






Scuba Diving and Snorkling

One of activities in Outdoor Recreation.


One of the activities which I enjoyed so much was snorkling in Pulau Kapas during Kapas Explore Challenge 2009.

Friday, September 4, 2009

Sebuah Perjalanan



Assalammualaikum wr...wbt buat semua....Nak berkongsi cerita apa ek...oklah aku mulakan dengan perjalanan untuk ke Pulau Kapas, Terengganu. Dalam perjalanan dari Uitm alhamdulillah tak de masalah, cuma aku berharap sangat supaya basnya sentiasa berhenti untuk singgah minum dan perkara-perkara yang berkaitan. Akhirnya dalam pukul 5.00 pagi kami selamat sampai di Chendering dan kami terpaksa menumpang di salah sebuah masjid yang berdekatan sementara menunggu azan subuh oleh kerana beberapa kesilapan teknikal maka kami terpaksa menumpang di surau yang dimaksudkan. Selepas sahaja solat subuh aku memberanikan diri untuk baring/berehat seketika di kaki lima surau bersama-sama dengan sahabat2 yang lain. Masing2 nampak keletihan maklumlah hampir sehari perjalanan.

Alhamdulillah, pukul 7.00 pagi gerai berhampiran telah dibuka, apalagi aku tak sabar2 maklumlah kelaparan yang amat sangat, berikutan perjalanan malam tadi aku hanya sempat untuk menjamah nasi lemak di salah sebuah R & R. Selepas selesai sahaja sarapan kami berkumpul dan membuat kumpulan masing2 sebelum berangkat ke jeti pelabuhan. Sampai di sana menunggu punyalah rak kerana terpaksa menunggu air pasang naik sebelum boleh mengangkut peralatan-perlatan yang dibawa oleh trak Polis. Masa dah pukul 1.00 petang, perut dah mula memberikan signalnya, malangnya tiada kedai makanan yang berhampiran. Perjalanan dari jeti ke Pulau Kapas hanya memakan masa hampir 40 minit sahaja. Ya Allah sampai sahaja di sana aku terus buat apa yang patut. Aku masih ingat lagi tugas pertama aku mengali lubang sedalam 3 meter di bahagaian dapur bersama abang2 Polis. Pada aku itu yang mudah selain dari mengikat tali untuk pemasangan khemah. Selesai membuat penggalian lubang untuk pembuangan sampah dan sisa2 makanan aku membantu pula di bahagian Perkhemahan Pusat, membantu apa yang boleh. Bermulalah episod yang biasa aku alami setiap kali diadakan kursus2 sebelum ini sebaik saja muncul beberapa `Facilitator'. Apalagi biasa ler sikap facilitator, the first impression mestilah nak tunjuk tegas dan garang pada anak2 buahnya. Betul tak?

Allah saja yang tahu perasaan aku pada ketika itu, bukannya apa cuma perut aku mula terasa lapar sedangkan masa dah hampir 3.00 petang masih tak makan2 lagi. Dahlah tu dah dapat makan diberi masa pulak tu. Rasa terseksa rasanya tapi inilah pengorbanan yang perlu ditempuhi untuk hari pertama. Perjumpaan dari masa ke semasa pada aku dah jadi perkara biasa dalam mana2 kursus yang aku hadiri, so tiada masalah. Persiapan untuk makan malam menunjukkan masa sudah hampir menceriakan hati aku dan tak sangka pula makan malam satu talam dalam pelbagai rasa. Biasa lah kalau dah kenyang di kepala dah terbayang untuk mencari bantal kononnya tapi bila dah berkumpul sebegini hilang pula penat dan rasa mengantuk. Aku ditempatkan dalam satu khemah dengan Bro Apai, Redzuan, dan Hassan. Alhamdulillah meskipun tidur lewat pada malamnya tapi masih mampu untuk bangun awal at least sebelum 6.45 pagi sudah mula terjaga dn terus mendirikan solat subuh di khemah berhampiran.

Hari ni masuk pada hari kedua, dan kalau tak silap aku sebelum pergi sarapan aku dan mereka2 yang bangun awal mengikuti acara Senamrobik di kawasan pantai berhampiran sambil diketuai oleh student degree dan juga Ina Joe yang turut serta memeriahkan suasana. Sebaik sahaja sarapan berakhir maka bermulalah arahan dari masa ke semasa. Kalau aku tak silap pagi-pagi lagi kami telah diberi taklimat untuk menjalani `Orienteering' bersama kumpulan masing-masing, tak sangka pula di bawah penyeliaan En. Haridz. Sepanjang perjalanan tersebut seperti biasa kami melalui pelbagai rintangan, sebagai contohnya semak belukar, tanah berbukit bukau, laluan sungai yang dihimpit batu-batan yang besar dan tajam. Di sepanjang perjalanan tersebut kami telah berjaya menjumpai setiap check point2 yang telah ditetapkan. Penggunaan peta dan kompas dengan tepat telah banyak membantu dan menyelamatkan kumpulan kami dari tersesat dan dengan berbekalkan semangat kerjasama dan setiakawan maka kami tidak banyak melakukan kesilapan di sepanjang `orienteering' tersebut. Perkara yang memberi kepuasan kepada kami, pada masa yang sama setiap ahli cuba belajar menggunakan kompas dengan tepat. Sesampai ke check point terakhir iaitu Rumah Api kami sempat lagi bergambar dengan group dan faci. Untuk pengetahuan semua juga, kumpulan kami merupakan kumpulan pertama sampai semula ke khemah pusat. Jika tak silap dalam jam 12.30 tengahari. Sesampai saja En. Hisyam kita kebetulan berada di sekitar khemah dan mengucapkan tahniah pada kami semua. Kata2 salah seorang facilitator bahawa selepas ini tiada program lain, alangkah leganya perasaan kami, sekurang-kurangnya dapatlah kami berehat panjang. Selesai sahaja makan tengahari, kami diarahkan pula untuk menjalani latihan `Water Confidance''. Walaupun penat masih tak hilang namun aku tetap bersemangat sekali maklumlah inilah peluang yang perlu aku ambil dan mungkin sekali saha dalam seumur hidup aku. Kumpulan aku terdiri dari Bro Apai, Piah dan Atikah.Kami pun terus dibawa ke tengah laut oleh Peronda Bertauliah dan yang paling aku respect En. Hisyam sendiri turut serta dalam acara ini. Kami telah dicampakkan ke tengah laut iaitu lebih kurang 150 meter dari pantai dan kami perlu berenang semula ke persisiran pantai. Sungguh teruja sekali dan paling diingati bila kejadian Piah yang mula merasa seolah-olah patah semangat akibat `cramp' di pertengahan. Berkat kesabaran akhirnya sampai juga kami secara berkumpulan. Pengajaran yang boleh diambil di sini semangat kerjasama sesama kita pasti akan menghasilkan sesuatu yang terbaik walaupun pelbagai halangan dan rintangan perlu ditempuh. Cuba bayangkan pada hal kita boleh sampai awal tetapi disebabkan halangan ombak maka dari situ mula timbul apa itu erti sebuah kesabaran dan ketenangan, lebih-lebih lagi telah diperingatkan oleh Faci supaya kami akan sampai semula ke persisiran pantai secara berkumpulan. Alhamdulillah aku sedia mengikut arahan yang telah diberikan sebelum ini. Cuma sesampai ke persisiran aku terkenalibasan landak laut, boleh tahan juga sakitnya tapi masih bertahan walaupun tanpa menggunakan rawatan limau nipis atau selipar jepun.

Malamnya pula diadakan kelas `Knotting', alhamdulillah berkat berkumpul dengan beberapa student PLK akhirnya aku berjaya membuat 4/5 knotting dengan bangganya, maklumlah sebelum ini masih terkial2. Nampak macam senang tapi kalau tak dilakukan berulangkali pasti akan mudah lupa. Walau apapun jutaan terima kasih kepada tenaga-tenaga pengajar yang sedia membantu tanpa rasa jemu pada malam tu. Nak aku sebutkan namanya satu persatu rasanya tak cukup mukasurat ini nanti.

Hari ketiga bermulalah episod ulangan berkayak tetapi pada kali ini berkayak di lautan samudera, lebih `adventure' jika nak dibandingkan dengan latihan amali berkayak di Tasik Shah Alam. Kalau dikenang2 semula tergelak sendiri dibuatnya. Masih ingat lagi kata2 Atikah dan betapa bersemangatnya dia seolah2 nak jadi winner pada permulaan kayak tersebut. Mungkin berlaku `miss communication'. Untuk mencapai destinasi pertama sahaja aku rasakan tenaga dah mulai lemah, mungkin penggunaan paddle tidak berapa betul atau sebaliknya. Yang pastinya aku bersama Atikah berjaya mengelilingi Pulau Kapas dengan jayanya sepertimana standard dan piawaian yang dkehendaki oleh En. Hisyam kita. Sempat lagi aku bertukar pasangan kayak sebaik sahaja rehat terakhir beramai-ramai, dan kali ini pula aku memilih Piah, rakan kongsi aku sebelum ini. Tanpa disangka2 bermulah acara `Capsize' yang pada fikiran aku masing2 rasa takut dan berdebar-debar dan aku tak sangka pula terpilih untuk melakukan capsize bersama Piah atas arahan En. Hisyam kita. Alhamdulillah bagi percubaan pertama dan kedua berjaya juga akhirnya tanpa masalah besar, mungkin berkat latihan amali di Tasik Shah Alam sebelum ini. Pengalaman yang amat berguna aku dapat rasakan pada waktu itu dan sempat lagi bergambar beramai2 sebaik sahaja acara capsize ini berakhir. Cuma aku merasa terkilan setiap kali waktu di sesuatu tempat, aku tidak mengambil maklum nama tempat pulau yang disinggahi, mungkin kalau tak silap Pulau Kerengga yang dikelilingi Teluk Berakit dan Teluk Jawa. Apa pun yang penting pengajaran yang aku dapati di sepanjang program tersebut dijalankan.

Malamnya pula diadakan kelas `First Aid' yang diketuai oleh En. Mazlin dan sehingga kini aku masih mengingati cara2 penggunaan anduh yang dikendalikan di dalam kelas tersebut. Penerangan yang diberikan amat jelas sekali cuma masa kelas tersebut bermula sudah agak lewat justeru mungkin ramai yang dah mulai mengantuk, cuma aku mampu bertahan mungkindari hasil penyampaian yang diberikan oleh Cik Mazlin pada kelas tersebut. Hilanglah sedikit rasa mengantuk dan aku cuba kuatkan semangat untuk mendapatkan penerangan secara jelas cara2 penggunaan extinguisher, penggunaan anduh dan peralatan2 yang berkaitan.

Acara `Ice Breaking' pula pada pendapat aku amat baik sekali dan peluang itu kami gunakan untuk mengenali secara dekat dengan peserta2 program. Program yang diadakan sungguh meriah sekali. Semua peserta terlibat dan ini secara tidak langsung kami dapat mengenali antara satu sama lain.

Hari ke 4 pada petangnya pula diadakan acara `Survival' dan kami diminta untuk membentuk kumpulan dan seingat aku dibahagikan kepada 8 kumpulan. Mengenangkan facinya agak tegas so apa2 barang yang tidak dibenarkan untuk dibawa bersama, kami haruslah mengikut arahan diminta sebelum masuk ke dalam hutan. Sehubungan itu, kami semuanya mengikut sahaja arahan yang diberi. Sebelum memasuki ke kawasan hutan kami telah diberi `password' dan setiap seorang daripada kami harus mengingati `password' yang diberikan tersebut bagi tujuan keselamatan. Sebaik sahaja sampai, kami terus membersihkan kawasan perkhemahan terlebih dahulu dan seterusnya mendirikan khemah bagi tujuan perlindungan. Kami tidak dibenarkan untuk keluar dalam lingkungan 40 meter dari tempat yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama kami bersama-sama mencari kayu api untuk dibuat unggun api di sepanjang malam tersebut. Setelah memperolehi dan mengumpulkan beberapa kayu api berhampiran kami pun terus membuat unggun api. Puaslah mencari batang2 kayu berhampiran untuk dinyalakan sementara menanti larut malam. Aku dan teman2 bergilir-gilir untuk berjaga malam. Aku masih ingat lagi di tengah2 malam aku masih lagi menebang beberapa batang pokok berhampiran dan yang peliknya tidak pula timbul rasa takut atau sebaliknya. Tuhan saja yang tahu khemah yang diberikan hanya beberapa meter sahaja sedangkan keluasan alas untuk dibuat tidur tidak mencukupi. Sementara menunggu ketiga2 bangun dari tidur aku hanya tidur beralaskan atas tanah sahaja, cuma beberapa minit sahaja. Punyalah seksa rasanya. Malamnya pula Piah dan Atikah mula memasak nasi. Pengalaman ini sungguh bermakna pada aku kerana bagi mereka yang selama ini hidup terlalu bersenang lenang tapi bila ditimpa sesuatu musibah atau kejadian tidak diingini maka kita tidaklah merasa panik tanpa membuat sesuatu. Bagaimana susahnya untuk makan kerana makanan yang dibekalkan tidak mencukupi. Keadaan aku pada masa tu tuhan sahaja yang tahu, maklumlah makanan yang dibekalkan setakat ngam2 sahaja lebih2 lagi gastrik pula menimpa hari tu. Jam 300 pagi kami telah dilawati oleh beberapa Faci dan En. Hisyam sendiri, Keesokkan harinya sementara mengenapkan masa 24 jam aku dan rakan2 mencari air kelapa sebagai menahan dahaga yang amat sangat berikutan bekalan air mineral yang dibekalkan sudah awal2 lagi habis. Alhamdulillah tepat jam 3.00 petang kami dimaklumkan boleh mengemas segala pakaian, peralatan untuk pulang semula ke Khemah Pusat. Sebelum keluar En. Hisyam dan beberapa Faci telah menemuramah setiap seorang mengenai pengalaman yang telah ditempuhi di sepanjang proses `SURVIVAL' tersebut. Sementara menunggu proses `interview' pada setiap kumpulan, masa telah menunjukkan jam 4.30 petang. Aku dengan rasa tak sabar2 merayu kepada Pn Faci memohon untuk keluar awal memandangkan sakit gastrik yang aku tanggung mula mengganas. Kesimpulan yang dapat aku ambil dari pengalaman satu hari ini, aku harus belajar bagaimana rasanya hidup susah dan hidup dalam keadaan tertekan serta sekurang-kurangnya pengalaman tersebut telah menyelami hati dan perasaan aku kepada orang2 yang tidak bernasib baik, hidup susah dan merana di muka bumi ini.

Malam terakhir telah diadakan persembahan kumpulan masing2 dan kumpulan aku telah bersepakat untuk mempersembahkan lagu Bila Larut Malam yang senikatanya telah diubah suai mengikut kesesuaian tema pada malam tersebut. Tidak banyak yang boleh kami lakukan untuk persembahan malam tersebut. Aku cuma dapat rasakan persembahan kami pada malam tersebut hambar jika nak dibandingkan dengan kumpulan lain. Apapun kami dah memberi persembahan yang terbaik pada malam itu.

Acara Santan Lemak Manis yang pada mulanya aku anggap sebagai teka-teki biasa akhirnya memakan diri sendiri, pada pendapat aku mungkin program ini hanya memakan masa paling lama 1 jam sahaja untuk menyelesaikannya, rupa2nya anggapan aku jauh meleset. Program ini masih dalam bentuk kumpulan dan setiap kumpulan telah diberikan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan' Keadaaan menjadi huru-hara, masing2 terkejarkan sesuatu. Aku merasa pelik apa yang diaorang kejarkan dan mereka cari, maklumlah kumpulan aku pada masa tersebut masih belum menjumpai sebarang `clue'. Pertengahan pencarian kami maka bermulalah episod yang melibatkan kami dengan kumpulan Santan Lemak Manis. Tidak terfikir pula kami kerana harus berurusan dengan Kumpulan Santan Lemak Manis. Kami telah diuji dengan pelbagai ujian dan beberapa muslihat yang perlu ditempuhi. Bermulalah acara berpantun sebagai jawapan kami kepada anggota Santan Lemak Manis. Mula timbul rasa `feed up' sebab beberapa jawapan berupa empat rangkap pantun yang diberikan tidak bertepatan dan memerlukan kami untuk mencari dan terus mencari. Akhirnya jam 2.30 pagi barulah kami menemui jawapan yang betul dan tamatlah acara tersebut. Acara ini juga pada aku mempunyai mesej yang tersendiri dan banyak pengajaran yang boleh aku ambil. Aku merasa agak terkilan kerana masih tidak dapat mengingati rentak lagu tersebut dan sehingga kini masih belum mampu menyanyikannya semula dalam lenggang lenggok yang sama.

Untuk pengetahuan semua, pengalaman paling manis di sepanjang program ini ialah dalam acara `SNORKLING' . Walaupun selama ini aku berpeluang dalam percutian2 sebelum ini, namun peluang yang ada sentiasa sahaja terhalang. Ini merupakan pengalaman ketiga aku dan pengalaman kali ini sesungguhnya merupakan sesuatu yang istimewa, lain daripada yang lain , mungkin kerana disertai dengan teman2 yang telah dikenali . Kami dikehendaki untuk turun secara berdua-dua. Masa 45 minit berlalu begitu pantas sekali namun begitu ia tetap menjanjikan satu kepuasan di sepanjang acara tersebut dimuatkan dalam program ini.

Hari terakhir di Pulau Kapas, perasaan bercampur suka duka, pahit manis dan bermacam2 lagi yang timbul di benak fikiran aku. Apakah ini merupakan perkhemahan pertama dan terakhir untuk aku. Perasaan rindu pada keluarga setelah lima hari aku tinggalkan menjelaskan segala-galanya, rasa tak sabar untuk terus pulang ke pangkuan keluarga tersayang. `Explore Kapas Experience Challenge 2009' menuntut aku erti sebuah pengorbanan.

Sekalung-kalung tahniah ingin aku rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Hisyam bersama rakan2 beliau kerana telah berjaya merekreasikan kami di sepanjang program tersebut. Apapun aku merasakan `UNFORGETABLE CAMP' , masih terpahat di hati ini, ianya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit sekalipun.

Salam Rekreasi,
RITZ

Wednesday, September 2, 2009
















Ulasan Program Perkhemahan di Pulau Kapas.

Assalammualaikum Semua.
Sebenarnya aku tak berhak untuk memberikan sebarang ulasan sempena program kita pada tempohari. Cuma kebetulan sedang menghadap komputer dan terkenanglah pulak kenangan2 tempohari. Di sepanjang program bermula segalanya berjalan lancar. Hari pertama menguji tahap kesabaran sebenarnya, maklumlah segalanya dibuat dalam keadaan tergesa2...cam budak sekolah pulak didera oleh cikgu2. Tapi aku dah lalui pengalaman ini lebih dari itu, so no hal. Cuma masa terlalu pack sehinggakan untuk soru pun dibuat dalam keadaan tergesa2. Makanan tak sempat hadam beb....

Sepanjang program berlangsung pada aku tiada masalah, cuma bila terkenangkan waktu program `SURVIVAL' diharapkan pada masa2 akan datang pihak organizer memastikan lauk yang dibekalkan untuk dimasak mencukupi...maklumlah orang yang ada gastrik macam aku ni lain macam sikit. That's why lah sesampai aje di Khemah Pusat keesokkan harinya aku macam tak makan sebulan, rasanya tak cukup bubur yang disediakan pada masa itu...





On the way back to Uitm, punyalah bengang, bukan aku saja yang perasan, rupa2nya En. Ali (Lecturer) juga berkongsi bengkek ngan aku. Pemandu tersebut memandu dalam keadaan yang tidak memberi fokus 100% kepada pemanduan , lebih2 lagi kerap memandu dalam keadaan yang kurang menyenangkan sedangkan handphone tidak lekang di tangan. Sudah ler tu sepatutnya bas kami akan berhenti di R N R di Temerloh untuk singgah makan malam, akhirnya tidak kesampaian angkara sikap pemandu tersebut yang tidak perihatin... So the next time diharap pihak Uitm lebih berhati2 untuk mendapatkan khidmat pemandu2 dari luar.

Yang lain aku rasa tiada masalah segalanya berjalan lancar dan syabas kepada semua lecturer2 yang terlibat beserta facilitator2 khususnya dan kepada semua warga Uitm amnya.

Wednesday, August 26, 2009

PERILAKU SESEORANG MUSLIM


PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM...

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


RABIUL AWAL


Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


RABIUL AKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH


Konsep Bermaafan di Aidilfitri oleh Y. Bhg. Ustaz Dr. Shihabudin


Bulan Syawal adalah bulan kemaafan. Maaf dalam bahasa Arab ialah “A’affun” . Hendaklah kamu saling memberi maaf dan berlapang dadalah mengampunkan kesalahan orang lain.

Terdapat 9 perkara yang menyebabkan seseorang Islam tidak mahu meminta maaf ataupun memaafkan kesalahan orang lain.

1. Luka yang terlalu parah yang masih berdarah terpendam berbelas-belas tahun lamanya. Memori masa lalu yang amat memedihkan hati nurani
2. Kerana rasa diri teraniaya, dianiaya dan dizalimi orang lain
3. Terlalu cemburu (kecemburuan yang amat)
4. Rasa dianaktirikan atau dinomborduakan dalam apa jua segi pembahagian
5. Kerana ego atau sombong contoh aku siapa dia tu siapa yang buat salah dulu
6. Perasaan negatif contoh ada adik beradik bergaduh hingga abang sanggup bersumpah pada si adik aku haramkan kau pijak rumah hingga menyebabkan diri si adik teringat-ingatkan kata2 si abang yang tidak mahukan si adik mengunjungi rumah si abang
7. Kerana keturunan contoh gaduh warisan sehingga ibubapa memaklumkan pada si anak jangan sekali-kali bertandang ke rumah saudara-saudara yang dimusuhinya
8. Hati kita masih kotor, busuk dan tidak boleh terima maaf orang lain atau enggan memohon maaf pada orang lain
9. Rasa bersih diri, rasa diri tu suci tidak ada buat salah dan silap pada seseorang

Ini adalah 9 faktor-faktor yang menyebabkan seseorang Islam tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain atau meminta maaf pada orang lain.

Peringatan : Barang siapa yang berdendam sesama Islam Allah tidak akan terima solat, ibadat bahkan segala amalan kebaikan yang kita buat pada Allah.

Kesan-kesan Negatif Tidak Mahu Memaafkan Kesalahan Orang Lain:-

1. Hati senantiasa di dalam keadaan kesakitan yang berpanjangan apatah dengan sikap ego yang ada pada diri sendiri
2. Minda kita negatif, otak kotor, perangai kita jahat/buruk yang timbul berpanjangan. Kalau boleh di dalam bulan Syawal tutup kisah yang lama dan buka lembaran yang baru
3. Prestasi makin buruk contoh rumahtangga kelam kabut, di tempat kerja diam buat kerja malas dan nafsu syahwat boleh menurun
4. Hubungan akan tergugat/terganggu
5. Banyak masalah yang tak dapat diselesaikan atau tidak tahu bagaimana nak selesaikannya sendiri
6. Kawan rapat/terdekat akan tarik diri atau menjauhkan diri
7. Keberkatan hidup akan diambil balik/ditarik balik oleh Allah swt
8. Kita akan cepat tua, muka cepat kedut mengikut saikologi kalau banyak ego muka tiada seri langsung
9. Doa takkan dimakbulkan oleh Allah swt mungkin dengan kesombongan atau ego yang tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain atau tidak mahu memohon maaf pada orang lain
10. Allah akan campak kita ke dalam azab neraka

Allah akan haramkan neraka bagi manusia yang

1. Lembut hatinya
2. Rapat/mesra dengan orang lain
3. Mudah berurusan dengan orang lain

Cara-cara agar kita boleh memaafkan kesalahan orang lain dan meminta maaf pada orang lain

1. Belajar berlapang dada, berjiwa besar demi membentuk jiwa yang boleh memaafkan orang lain, meminta maaf pada orang lain walaupun tidak membuat salah. Banyak-banyaklah meminta maaf dengan orang lain dan memaafkan kesalahan orang lain walaupun tidak membuat silap atau salah
2. Membentuk jiwa peribadi yang redha, belajar redha dengan ketentuan Allah
3. Belajar jadi orang yang bersyukur dengan nikmat Allah dan pemberian Allah
4. Kita selalu mensucikan jiwa, bersihkan jiwa/hati dengan zikrullah, istighfar, baca Al-Quran agar kita dapat memaafkan kesalahan orang lain
5. Minta bantuan orang lain, orang yang pakar, orang yang ahli yakni orang tua atau ustaz atau pakar saikologi dengan menyatakan masalah yang dihadapi
6. Berteman dengan orang yang baik dengan keberkatan mudah-mudahan akan baik.
7. Kita saling ziarah-menziarahi, bersemuka, saling bertentang mata, berjabat tangsan dan bersalam-salaman akan menghilangkan dendam kesumat dalam hati kita dan Allah akan ampunkan dosa-dosanya
8. Banyakkan berdoa pada Allah agar dilembutkan hati kita, banyakkan membaca surah An-Nashrah, Ayat Qursi, surah Toha ayat 1 hingga 5 dan ayat 25 hingga 28. Umar Al-Khattab yang keras hati membaca surah Toha ayat 1 hingga 5 dan lembut hati terus memeluk agama Islam
9. Ingat mati, ingat akhirat dan ingat hisab Allah swt

Kesan-kesan positif yang membolehkan seseorang memaafkan kesalahan orang lain atau meminta maaf pada orang lain atas kesalahan yang dilakukan

1. Hati rasa gembira (happy)/hati bersih
2. Jiwa kita tenang/tenteram
3. Otak kita jadi cemerlang
4. Penyakit/sakit akan cepat sembuh. Apabila seseorang Islam saling bermaaf-maafan, berpelukkan antara satu sama lain akan menyebabkan badan jadi sihat, kuantiti darah akan naik, system imuniti ataupun antibodi semakin kuat kelebihan Allah berikan kepada kita begitu juga apabila kita solat dengan bersentuh kaki serta bersentuh bahu antara satu sama lain akan membolehkan kita rasa sihat selalu
5. Wajah akan makin berseri-seri, awet muda dan memancarkan sinar di wajah seseorang. Barangsiapa memperbanyakkan hubungan silaturrahim Allah panjangkan umur dan dimurahkan rezeki mereka
6. Doa kita makbul dalam pandangan Allah swt
7. Pintu keberkatan akan dibukakan oleh Allah swt dan senantiasalah bersilaturrahim
8. Akan menguatkan tenaga zahir dan batin
9. Semangat hidup makin meningkat
10. Akan dipermudahkan oleh Allah swt jalan ke syurga


JANGAN SIA-SIAKAN PELUANG BERMAAF-MAAFAN DI BULAN SYAWAL INI…..

KENANGAN TERINDAH
























Kenangan Terindah


Assalammualaikum wr..wbt.lecturer2 budiman, facilitator berkenaan dan sahabat-sahabat semua.....

Selang beberapa hari untuk ke Pulau Kapas amat mengembirakan aku, at least aku berpeluang untuk mengambil cuti rehat demi menghilangkan rasa `strees' di pejabat dan kononnya ingin menenangkan fikiran waktu di sana nanti. Sesampai saja di Pulau Kapas, indah khabar dari rupa. Kehadiran aku di sini aku dapat rasakan sepertimana mengulangi kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak majikan sebelum ini. Namun aku tetap gembira kerana kali ini berkursus dengan sahabat-sahabat yang baru aku kenali dan yang lebih penting berkursus sebagai seorang student bersama lecturer-lecturer yang sungguh `sporting'. Dan yang paling aku pasti situasi pada hari pertama hanyalah kebiasaan bagi `1st day programe' dan hari seterusnya pasti keadaan akan menjadi biasa semula.

Program-program yang telah dijalankan dan disempurnakan dengan jaya oleh facilitator-facilitator sungguh mengkagumkan aku sebenarnya. Mereka menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan sedia bekerjasama dengan kami. Antara program yang begitu meninggalkan kesan pada aku ialah bagi acara `Water Confidence'. Acara ini merupakan pengalaman manis,sukar untuk dilupakan dan mungkin seumur hidup, maklumlah lebih-lebih lagi begitu serat dengan mesej-mesej berguna yang boleh aku ambil di sepanjang acara tersebut dijalankan. Setiap program yang dijalankan pasti mempunyai pengajaran paling berguna untuk kami sebagai seorang student. Bayangkan bagi acara `Water Confidence' kami dicampakkan ke tengah laut, lebih kurang 150 meter dari pantai dan harus kembali ke persisiran bersama kumpulan masing-masing. Bernasib baik kerana tidak ditetapkan waktu untuk kembali semula ke persisiran pantai, kalau tak naya aku. Apai, Atika dan Piah dan Aku merupakan satu `group'. Dalam berenang-renang di lautan aku dan Apai kerap membantu dan menenangkan Piah dengan memberi kata-kata semangat. Ingatlagi kata-kata aku dan Apai....dah tak jauh...tak jauh...dah nak dekat dah... bolehlah kelentong, sebab waktu tu Piah dalam kedudukan muka beliau menghadap ke langit. Sebenarnya kami tipu sunat maklumlah pada hal ingin memberi semangat untuk beliau meneruskan perjuangan setelah beliau mengadu kaki sudah mulai `cramp' dan mulai rasa lemah. Secara terus terang aku turut membantu juga dan yang paling berkesan dan penyabar orangnya tentulah APAI kerana akhirnya berjaya membawa Piah ke persisiran pantai sedangkan aku sudah jauh 30 meter di hadapan mereka. Bukan niat untuk pentingkan diri sendiri tapi bila memikirkan ombak laut yang semakin mengganas. Sepanjang berada di tengah laut, perasaaan bengang pun timbul juga sebab aku perasan juga `RESCUE' hanya memerhati kami dari jarak beberapa meter sahaja tanpa berkata apa-apa kepada kami, bukannya apa, sekurang-kurangnya berilah kata-kata semanagt sikit...tapi aku pasti mereka ada jawapannya. Bayangkan perasaan kami padahal dah boleh sampai ke persisiran dengan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja tetapi disebabkan oleh arus ombak yang semakin mengganas so berbagai rintangan yang harus dihadapi oleh kami bersama. Namun kunci kejayaan kami adalah yakin pada diri sendiri. Sesampai aku di persisiran pantai, perut dah mula terasa lapar dan aku terus ke bahagian dapur untuk menjengah juadah apa yang sedang dimasak oleh Chef-Chef terulung. Masih teringat lagi masakan kari ikan tongkol adunan resepi dari Chef Mdm Rok. Sampai la ni tekak aku masih terasa-rasa lagi adunan kari Adabi beserta rempah ratus ciptaan beliau yang dibawa khas dari Uitm Shah Alam. Cayalahhhh Kak Rok.

Pengalaman kedua yang masih segar dalam ingatan aku ialah acara berkayak mengelilingi Pulau Kapas dengan mencapai target dan standard piawaian yang dikehendaki oleh En. Hisyam beserta facilitator. Permulaan berkayak, mula-mula aku dah rasa tension berikutan dengan salah faham `partner in crime'. Patut ke permulaan berkayak dah nak pecut awal-awal lagi seolah-olah satu pertandingan pulak dalam hati aku. Manakan tidak tenaga yang nak kita gunakan di sepanjang mengelilingi Pulau Kapas masih jauh untuk digapai, namun awal-awal lagi tenaga tersebut mula menunjukkan signal `weak' di suku pertama perjalanan. Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi pertama untuk merehatkan diri masing-masing sambil membuat perancangan terbaik untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Setelah singgah rehat pada Destinasi kedua, aku pula mengambil keputusan untuk bertukar `partner' ...maksud aku tukar partner baru dari Atikah kepada Piah. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar setelah bertukar partner suka sama suka. Bagi acara `Capesiz' yang paling menyeronokkan aku dan tak sangka pula telah terpilih untuk melakukan `capesiz' dan perlu melakukan dalam masa 8 minit sahaja. Lega akhirnya berjaya juga bagi percubaan pertama dan kedua. Syabas diucapkan kepada partner baru aku...PIAH yang sama-sama memberi sokongan padu. Kalau nak ikutkan pengalaman manis memang terlalu banyak diciptakan oleh pihak penganjur di sini, kalau nak aku ceritakan semuanya bukan setakat 500 perkataan entahkan mungkin melebihi 5000 perkataan, pasti naik muak pulak geng-geng lain membacanya terutama En. Hisyam kita. Dipendekkan cerita, kalau melibatkan bahasa, tiada kata seindah bahasa tapi kalau melibatkan pulau...kalau melibatkan pulau pula, tiada pulau seindah Pulau Kapas. Insyallah ada rezeki nanti kita minta penganjur yang sama membuat perancangan untuk 2nd trip pula, tapi kali ini tak perlulah dibuat secara `formal' ekkkk. Wassalam

Wednesday, July 29, 2009

OUTDOOR ACTIVITIES



















Some Examples for Outdoor Activities

Canoeing, Kayaking, Hunting, Sailing, Surfing, Camping, Fishing, Hiking, Skiing, Bicycling, Backpacking, Mountaineering, Mushing, Caving and Horseback Riding, Potholing, Mountain Climbing, Rock Climbing, Cultural, Ecotourism, Go Karting, Hydrospeed, Kitesurfing,Track Driving, Water Skiing, Windsurfing, Zorbing, Skydiving, Snowshoeing, Surfing, Scuba Diving, Paragliding, Quad Biking, Motor Biking, Driffting, Multi Activity, Adventure Holiday, Buggy Racing, Ballooning, Bungy Jumping,Fishing, Orienteering, Parachuting, Picniking, Rafting, Rogaining, Ropes Course, Sailboarding, Snorkeling, Touring and others.

Benefits of Outdoor Recreation.

1. Provides psychological benefits
- For example ; the prevention of stress, increased self esteem, feel confidence
and creativity
2. Provides physical benefits
- For example; aerobic, cardiovascular and muscular fitness
3. Provides social benefits
- Increased pride in one's community and nation.
4. Provides economic benefits
- Individuals who regularly participate in outdoor recreation tend to be more
productive.
5. Provides environmental benefits
- The increased environmental awareness and concern which results from
outdoor recreation can lead to increased involvement in environmental issues.

Thursday, July 16, 2009

Y. Bhg. Tuan Hisyam, help me plsssss
Masih terkial-kial bila masuk Laman Blog ni, tapi tetap tidak berputus asa untuk mendapatkan hasilnya.

Keputeraan DYMM Sultan Selangor.


`Posing' seketika setelah penat menjalankan tugas
sebagai Urusetia sempena Hari Keputeraan DYMM
Sultan Selangor.